Wednesday, 18 May 2016

Cara Mudah Khatam Al-Quran dalam 30 Hari

BY Ridhwan IN No comments



Bagaimana untuk mudah khatam Al-Quran dalam masa yang singkat? adalah soalan yang biasa diajukan oleh sesiapa yang ingin mengamalkannya atau mereka merasakana agak sukar untuk khatam Al-Quran atas alasan sibuk.

Artikel yang baik ini diambil dari blog Muzir, diolah sedikit sebanyak untuk perkongsian kita bersama.

Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, ada para sahabat Nabi yang mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat.  Namun, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam memberi pesan bahawa jika mahu khatam dalam masa yang singkat, maka janganlah khatam kurang dari 7 hari.

Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.” Aku berkata:  “Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.”  Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.”

(HR al-Bukhari)

Pesanan ini bertujuan supaya para sahabat membacanya dalam keadaan baik, tidak tergopoh-gapah dan membacanya dengan penghayatan.  Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya.  Di samping itu, supaya para sahabat tidak melupakan akan tugas dan peranan harian mereka.

Orang-orang soleh dari kalangan para sahabat, tabi`in, tabi`ut tabi`in, salafussoleh dan selepas zaman mereka sentiasa dalam masa ke semasa khatam al-Quran.  Mereka bukan sekadar baca dan faham.  Malah mentadabburnya dan menghidupkan inti al-Quran.  Kita wajar mencontohi sifat mereka yang mulia itu.

Memang ada dalam riwayat menceritakan beberapa tokoh salafussoleh yang mengkhatam lebih singkat dari 7 hari, terutamanya pada bulan Ramadhan.  Namun mereka melakukannya kerana mereka faham akan kemampuan mereka membacanya dengan tartil, tajwid yang betul, faham makna dan penghayatan.  Sambil tidak mengganggu aktiviti harian dan tugasan mereka.  Contohnya Imam Asy-Syafi`i diriwayatkan khatam al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan.  Ma sha’ ALLAH!  Jauhnya kita.  Lemahnya kita.


Cara Mudah Khatam Al-Quran dalam 30 hari


Di sini dikongsikan amalan yang mudah boleh diikuti untuk khatam Al-Quran dalam 30 hari. Cara ini tidak susah, tidak membebankan dan boleh diterima pakai ramai. Jika malas, tidak termasuk dalam cara ini.



Ketahui:

Dalam mushaf Al-Quran, setiap juzu' telah dicetak dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzu' ada 20 muka surat. Al-Quran mempunyai 30 juzu'.

Bahagikan 20 muka surat dengan 5 iaitu waktu solat Fardhu; Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'. Ilustrasinya begini:

20 muka surat ÷ 5 waktu solat Fardhu = 4 muka surat per waktu

Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

Nak mudah lagi?

Bahagikan 4 muka surat tersebut kepada 2 bahagian iaitu:

2 muka surat sebelum solat Fardhu
- 2 muka surat selepas solat Fardhu

Jadi, kiraan bacaannya adalah:

4 muka surat X 5 waktu solat = 20 muka surat = 1 juzu' sehari

Jadi cukuplah kiraan Cara Mudah Khatam Al-Quran dalam 30 hari apabila istiqamah melakukannya kerana:

1 juzu' X 30 hari = 30 juzu'

Diharapkan cara ini dapat digunakan oleh semua untuk memudahkan khatam Al-Quran. Cara ini boleh diolah mengikut matlamat kita untuk khatam dalam jangka waktu yang kita tetapkan. Jika kita hendak khatam dalam masa 2 bulan, olah cara ini kepada 1 juzu untuk 2 hari (contoh).

Bonus:

Dalam membaca Al-Quran, digalakkan;

- Membaca dengan tajwid yang betul
- Sebaik-baiknya membaca sekali dengan makna ayat Al-Quran
- Sentiasa berusaha membaiki mutu bacaan
- Paling penting! Istiqamah; Biar sedikit namun berterusan mengamalkannya.

Moga artikel ini bermanfaat untuk semua. Semoga kita semua diberi hidayah dan taufiq dari Allah S.W.T. Insha Allah.

Tuesday, 23 February 2016

Pelajar Tahun 90an: Antaranya Mesti Buat

BY Ridhwan IN No comments



Admin adalah salah seorang daripada tahun 90an. Oleh itu, senarai ini dikeluarkan bagi mengimbau kenangan semasa zaman persekolahan pada era tersebut. Bagi sesiapa yang membaca lahir pada era 90an, mesti pernah buat ni. Cuba lihat.


1. Kumpul / Lawan Pemadam
Kita memang suka kumpul pemadam dari negara yang berlainan, atau karakter kartun yang kita minat. Cikgu tiada / belum masuk, tentunya upacara perlawanan pemadam di gelanggang Meja. Yang kalah nangis la sebab pemadam kena ambil oleh pemenang.

2. Pensil "Shakers"
Yang kumpul pensil shakers ni selalunya golongan "ado-ado" atau kaya sebab tak murah. Kalau beli murah, kena ejek je. Selalunya yang kumpul memang tak pernah pakai untuk menulis, sayang katanya.
3. Digimon
Benda ni mahal pada zaman ni, dapat main kejap pun dah rasa puas. Siapa ada, lagi bergaya dari model pada zaman tu.
4. Tamiya
Geng budak lelaki zaman 90an jarang tiada benda ni. Sanggup ikat perut untuk beli Tamiya dan "spare part"nya. Cara main? Cari longkang tiada air, 2-5 orang dan vrrroomm..tengok siapa sampai dulu.
5. Yoyo
Banyak jenis yoyo ni, yang mahal, murah, berlampu, plastik, kayu, tahap Yo-Han Proyo pun ada. Janji dapat main, berjam-jam pun boleh.
6. Batu Seremban
Permainan ni universal, bukan perempuan je main. Budak lelaki pun join sekali. Tapi letih main ni. Bukan letih main sangat, letih tunggu giliran kalau dapat kawan yang power main. Setengah jam tunggu dia seorang je la dapat main.

7. Lompat Tali
Satu lagi permainan universal, siapa tak main memang rugi. Tahap kecekapan kaki, tahap peka semua boleh "develop" dalam permainan ni. Nak jadi johan lompat tinggi, suruh budak-budak main permainan ni.
8. Gasing
Nak main permainan ni ada level dia. Kalau beli gasing kayu, memang power sebab boleh pangkah gasing kawan sampai terbelah. Risiko gasing sendri terbelah pun sama. Yang baru bermula, boleh "survive" kalau beli gasing plastik. Dulu biasa gasing kayu diperbuat dari kayu pokok limau jika nak bagus.
9. Tutup Botol
Permainan ni kos paling murah sebab pada masa tu, semua botol minuman banyak yang pakai tutp botol begini. Seberapa ramai orang pun boleh main, baik lelaki atau perempuan. Sampai ada orang komersialkan pun ada. "Legend" kan?
10. Tangkap Serangga/Binatang Kecil
Untuk yang "adventure" sedikit, lepas habis sekolah petang tu pergi dengan kawan ramai-ramai cari belalang, pepatung, labah-labah, berudu dan banyak lagi. Budak yang begini selalunya berani sebab tak takut apa pun.

Teringat tak kenangan dulu masa sekolah?  :)






Wednesday, 27 January 2016

7 Tips Elak Alat Tulis Anak Selalu Hilang

BY Ridhwan IN No comments



Masalah anak-anak hilang alat tulis ini bukanlah satu masalah baru. Perkara ini selalu terjadi setiap tahun, sampai penat ibu bapa bebelkan kepada anak mereka kenapa selalu hilang alat tulis. Jika habis dipakai tidak mengapa. Ini banyak terjadi beli hari ini, esok lusa sudah diminta beli yang baru kerana sduah hilang.

Ini ada sedikit tips untuk mengurangkan kadar "kehilangan" alat tulis anak-anak terutama bila di sekolah. Meh tengok.

Sumber: Google

i) Tulis nama pada setiap alat tulis mereka.
- Perkara ni mungkin nampak leceh dan banyak kerja tapi percayalah. Hanya leceh pada permulaan sahaja. Lepas tu akan nampak kesannya. Biasanya alat tulis selalu hilang ni bila anak kita dah tak boleh beza alat tulis mereka dengan kawan-kawan mereka sebab semua nampak sama je. Jadi letak nama di pensel, pensel warna, buku, pembaris. pemadam dan gunting yang mana selalu jadi "mangsa" kehilangan.

ii) Jangan belikan alat tulis yang mahal sangat
- Alat tulis yang mahal ni biasa akan sengan hilang sebab kawan sebelah tu macam minat sangat je dengan alat tulis tu. Katalah beli pensel tekan mahal, lalai sedikit je mesti tak jumpa dah sebab rakan dah sorok. Beli yang menepati kriteria dan tak semestinya mahal.

iii) Jangan belikan alat tulis yang cantik dan menarik
- Point ni sama macam point (ii), bukan bermaksud beli yang buruk sangat. Cuma yang biasa-biasa sahaja sebab antara kanak-kanak ini memang cepat cemburunya alat tulis kawan lagi cantik dari dia punya. Normal kan budak-budak begitu.

iv) Hadkan setiap barang alat tulis bawa satu sahaja.
- Setiap alat tulis beri bawa satu sahaja contohnya set lengkap seperti pensel, pemadam dan pembaris. Jika pada hari berkenaan cikgu pesan perlu ada gunting dan gam, baru bawa. Ini akan kurangkan risiko kawan nak pinjam sebab cuma ada satu je.

v) Nasihat jaga barang alat tulis dengan baik
- Ini biasanya memang ibu bapa dah buat tapi memang kena sentiasa nasihat. Ini kerana budak-budak memang sentiasa perlu dibiimbing dan diingatkan, tiada alasan untuk berhenti untuk nasihat.

vi) Denda hilang alat tulis dengan wang belanja sekolah
- Cara ini lebih untuk mengajar anak kita tentang displin dan menghargai barang kepunyaan sendiri. Beritahu mereka jika alat tulis mereka hilang, boleh diganti baru dengan syarat dipotong wang belanja. Sedikit sebanyak mereka akan lebih berjaga-jaga tentang barangan hak sendiri.

vii) Jangan beri pinjam pada rakan "bermasalah"
- Katakan kepada anak-anak supaya boleh diberi pinjam alat tulis kita kepada kawan tetapi harus diminta kembali atau kawan tersebut perlu memulangkannya semula. Jika kawan anak kita pernah hilangkan alat tulis, pesan kepada mereka untuk tidak meminjamkan lagi kepada mereka. Ini akan ajar mereka tentang pendirian diri dan displin.

Kesimpulan

Harap artikel ini dapat membantu ibu bapa di luar sana berkenaan alat tulis anak mereka yang selalu hilang tu. Sedikit sebanyaka boleh mengurangkan belanja poket ibu bapa beli alat tulis baru ye.

Silakan berkongsi artikel ini dengan rakan lain jika anda rasa artikel ini bermanfaat.